IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirkan dukacita dan kegusaran tentang bagaimana perkataan seperti 'pelbagai budaya', 'kepelbagaian' dan 'toleransi' dijadikan senjata dalam perang budaya wacana politik di peringkat antarabangsa hari ini.
"Sebagai seorang yang meyakini kepentingan dan nilai kepelbagaian, maka beta berasa amat dukacita dan sedikit gusar," titah baginda dalam ucapan diraja pada Persidangan Antarabangsa mengenai Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) Keenam 2022 di sini hari ini.
Sultan Perak bertitah perubahan sikap yang mendalam terhadap kepelbagaian budaya merupakan suatu tragedi, bukan sahaja kerana ia menyemai benih-benih perpecahan dalam sesebuah negara, malah kerana masyarakatlah yang akan rugi apabila menolak dan menafikan kepelbagaian budaya.
"Tanpa kepelbagaian budaya, beta percaya dunia akan menjadi semakin miskin. Dengan adanya pelbagai asal usul, pelbagai kepercayaan dan kepelbagaian etnik, begitu banyak yang menguntungkan kita dan begitu banyak yang dapat kita pelajari antara satu sama lain," titah baginda.
Justeru, golongan yang barangkali mencurigai kepelbagaian, haruslah digalakkan untuk menghargai manfaat besar daripada "seluruh manusia, berkongsi seluruh dunia" (all the people sharing all the world), titah baginda yang memetik lirik lagu 'Imagine' oleh John Lennon.
Sultan Nazrin bertitah terdapat beberapa kayu ukur yang dapat mengira, bukan sahaja jumlah pelbagai kumpulan berbeza dalam sesuatu masyarakat atau negara, malah tahap integrasi mereka.
Baginda bertitah Model Stirling menggabungkan ukuran kepelbagaian, keseimbangan dan perbezaan untuk menafsirkan kepelbagaian ekspresi budaya, manakala ahli sains sosial yang lain telah menggunakan ukuran pecahan etnik, linguistik dan agama dalam sesebuah negara untuk menunjukkan bahawa perpecahan etnik adalah kayu ukir yang penting dalam meramalkan prestasi ekonomi.
"Kejayaan integrasi budaya pada peringkat nasional telah dikaji berdasarkan pelbagai kayu ukur, termasuklah akses kepada pasaran buruh, pendidikan, penglibatan politik dan perumahan serta khidmat sosial, menggunakan data daripada kajian penduduk dan bancian," titah baginda.
Selain angka dan statisik, Sultan Nazrin bertitah baginda percaya semua pihak dapat menghargai manfaat kepelbagaian menerusi kisah-kisah sebenar, pengalaman dan perkongsian pertemuan sesama insan.
"Lebih tujuh abad yang lalu, kerjasama antara insan daripada pelbagai agama berjaya memajukan ilmu pengetahuan manusia dan membawa kepada pembangunan bermanfaat buat sains dan budaya. Inilah sesungguhnya tujuan yang harus dikejar kesemua institusi pendidikan sehingga ke hari ini!" titah baginda.
Sultan Nazrin turut bertitah makanan yang lazat mungkin suatu aspek pertukaran budaya yang paling penting dan menggembirakan.
"Walaupun tiada data yang dapat membuktikan bahawa kualiti makanan sesebuah negara berkadar langsung dengan kepelbagaian budayanya, sesiapa sahaja yang pernah merasai hiruk-pikuk pasar jalanan yang menjual makanan atau menikmati hidangan dengan kawan-kawan, pasti menyedari bahawa inilah satu cara kita berkongsi nilai kemanusiaan kita," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Sultan Perak bertitah, perubahan sikap yang mendalam terhadap kepelbagaian budaya merupakan suatu tragedi. - Bernama
Kastam Terengganu rampas barangan hampir RM1 juta setakat April
Pengarahnya Mohd Nadzri Ariffin berkata jumlah itu, melibatkan 10 kes dengan nilaian cukai keseluruhan bernilai lebih RM2.7 juta.
KPDN perluas SKSD 2.0 kepada 14 lagi jenis kenderaan
Projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 fasa dua akan diperluaskan kepada 14 lagi jenis kenderaan sektor pengangkutan darat barangan bermula 13 Mei.
Malaysia hargai peranan Qatar untuk rundingan perdamaian Hamas-Israel
Malaysia menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
10 Berita Pilihan - (12 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang
Saifuddin menyifatkan perjumpaan beliau dengan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.
Tumpuan Isnin - 13 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai
Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air.
PM ucap Selamat Hari Ibu
Bersempena sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu.
Sherpa Kami Rita pecah rekod sendiri dengan pendakian Everest buat kali ke-29
Kami Rita Sherpa, telah berjaya mendaki puncak Gunung Everest buat kali ke-29, memecahkan rekodnya sendiri sebagai pendaki yang paling kerap menawan puncak gunung tertinggi di dunia.
PRU15: Sultan Nazrin berkenan menerima menghadap Pengarah SPR Negeri
Sesi itu berlangsung selama kira-kira satu jam dan cubaan pihak media mendapatkan komen di luar pintu pagar istana tidak membuahkan hasil.
Sultan Nazrin zahir dukacita 'pelbagai budaya', 'kepelbagaian' dijadikan senjata dalam perang budaya
Sultan Perak bertitah, perubahan sikap yang mendalam terhadap kepelbagaian budaya merupakan suatu tragedi.
PKP: Solat fardu, Jumaat, sunat Aidilfitri dibenarkan di Perak
Dibenarkan dengan tidak melebihi 50 jemaah di masjid dan surau di seluruh Perak sepanjang tempoh PKP.
Sultan Nazrin titah semua masjid, surau adakan solat hajat selepas solat Jumaat
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan semua masjid dan surau mengadakan solat hajat dengan membaca qunut nazilah selepas menunaikan solat Jumaat pada 25 Ramadan.
Sultan Nazrin rasmi pameran Segerak VIII: Utopia
Karya-karya Yusof Ghani dipamerkan di Galeri Prima bermula 1 sehingga 18 Ogos ini dengan kerjasama Curate Henry Butcher dan PINKGUY Gallery.
Bersatu, PH Perak sokong larangan salah guna masjid
Sebarang perbuatan menyalahgunakan masjid dan surau sebagai pentas politik kepartian perlu disiasat bagi mengekangnya daripada berulang.
6 alat lambang kedaulatan Raja-Raja Melayu
Anda mungkin kenal keris dan cokmar, tetapi bagaimana dengan yang lain?
Kes Adib: Titisan air mata Sultan Nazrin, mahu pelaku dikenakan hukuman setimpal
Baginda menyifatkan Allahyarham Muhammad Adib seorang wira terbilang, berani, cekal lagi berwibawa.
Senarai 10 Exco akan diserah kepada Sultan Perak esok - Ahmad Faizal
Menteri Besar Perak berkata, senarai nama itu adalah mengikut komposisi (parti-parti dalam PH) tapi ia terpulang kepada perkenan Sultan.
Elemen tradisional perlu dalam pembangunan Bagan Datuk - Ahmad Zahid
Elemen tradisional perlu terus dikekalkan dalam pembangunan Bagan Datuk yang secara rasmi diisytiharkan sebagai daerah pentadbiran ke-12 di Perak hari ini.